Z Technologies e-Commerce

This store is powered by Ecwid - AJAX shopping cart. If you your browser does not support JavaScript, please proceed to its simple HTML version.

Tuesday, 25 August 2009

Kami menerima tempahan kuih Almond london




Salam kawan2,

Tak lama lagi, bln ramadhan akan muncul tiba. N pastinya pejam celik,raya pula menjelma.

So di kesempatan ni, saya membuka tempahan untuk kuih ALMOND LONDON

Kuihnye berbentuk bujur di saluti coklat cair & di dalam berisi 1 Biji kacang badam,bkn separuh atau suku kacang badam yg rangup!





Harga adalah ;

~ 50 biji = RM 23
~ 100 biji = RM 45
~ 150 biji = RM 65

(Jika nak order lebih banyak, harga akan di pertimbangkan semula utk pemberian diskaun yg lbh..)

**harga tidak termasuk penghantaran
**COD Area Sec 7 s.alam jika nak amik sendiri.


** Deposit RM 5 akan di minta semasa proses order. Ni untuk mengelakkan pembeli yg tidak serius @ membuat jenaka yg tak lawak.

Manakala tarikh akhir tempahan adalah pada 10/09/2009 (Khamis).

Penghantaran kuih-kuih pula di buat seminggu sebelum raya bermula 12/09/2009 (Sabtu).

So dia lbh fresh n sdp d mkn bukan? Tetapi sebarang permintaan supaya kuih di hantar lebih awal boleh di pertimbangkan asalkan anda memberitahu lebih awal.

Cara pembayaran ;

Sila bank-in deposit sebanyak RM5 ke akaun di bawah


155096138294
AFZIZAN ISHAK


** Selepas anda membuat pembayaran deposit, sila sms ke 017-2389208 & maklumkan details bayaran+tempahan etc. Pembayaran selebihnya mesti di bayar semasa anda mendapat kuih yg anda tempah dr saya.

....................

Jika terdapat sbarang pertanyaan dsb sila hubungi saya ;

~ Call : 017-2389208 (zizan)
~ Email : afzizan84@gmail.com
~ YM id : jijan84@yahoo.com

Wednesday, 12 August 2009

Money Management Khas Untuk Forex...

Baru2 nie ader org bertanya tentang money management.. So aku nak share MY money management dalam FOREX untuk kengkawan kat CG..

Semoga ia membantu..

Aku selalu RISK 2% principal + 50% profits..

Untuk mudah math..

Tujuan Money Management: Preserve The Capital

Currency: GBP/USD
Account Principal: $10000
Akaun Type: Mini Lot.
Risk: 2 %
Stop Loss Pip value: 50 PIP

Step 1: Determine stop loss pip value..

Ini bergantung pada jenis pairs yang trade.. Namun aku nyer stop loss bergantung pada chart on entry..

So aku assume kita decide untuk stop loss ialah 50 PIP..

So .. satu mini lot untuk GU = $1.. Maka untuk 50 pip.. Jumlahnya $50..

Note:
Satu Standard Lot (100000 unit) = $10.
Satu Mini Lot pip value (10000 unit) = $1
Satu Micro Lot pip value (1000 unit) = $0.10

(Unit bahagikan ngan 10000)

Ini khas untuk xxx/usd.. pair lain biasanya hampir ngan 90% value tu..

Step 2: Determine max risk untuk satu trade.. So 2% (bergantung pada anda.. lagi besar lagi byk drawdown).

Dalam kes nie.. Risk 2% ( 2/100 x $10000) = $200.. ( Ini adalah jumlah maksimum yang akan aku loss dalam trade nie.. Walau apa pun yang berlaku)

Step 3: Identify position Size.. Berapa byk mini lot nak beli?

Caranya: $200 (Risk) / $50 (pip value) = 4 mini Lot..

So.. aku akan beli 4 Mini Lot.. Letak Stop Loss Kat 50 pip.. Pas tu kalau stop loss kena hit.. Aku akan loss $200...

Bila kita beli 4 mini lot.. Satu pip = $4 .. so $4 x 50 = $200...

( So.. kita dah decide awal.. akan loss $200.. kalau kita enter dan jadi losing trade.. maksimum loss ialah $200 nie jer..)

Step 4: Leverage..??

So.. bila enter trade.. kita kena make sure.. trade kita ader room untuk move.. Biasanya aku make sure trade aku ader 100% room untuk move.. maknanya kalau stop loss aku 50 pip.. Aku kena make sure room untuk dia move ialah 100 pip..

Di sebabkan satu pip dalam trade diatas ialah $4.. Maka untuk trade tu move 100 pip.. Kita kena ader balance sekurangnya $400 sebagai free margin..( $4x100)..

Note: Bila kita buka akaun.. 1:500 tu ialah maksimum leverage yang broker benarkan.. Tak semestinya kita guna.. kalau kita tak gunakan dengan bijak.. Kita akan kena margin call..

Jika konsep money management diatas digunakan dalam Micro Lot.. Kelebihannya ialah.. kita boleh Let The Profit Run.. lagi berkesan..

Mungkin anda dapat bayangkan.. Jika anda beli 40 micro lots.. Dengan risk yang sama dan kos yang sama..

Contohnya:

Bila kita BUY LONG.. Kita harap.. Currency akan UP... Sometimes dia akan buat PULLBACK.. kalau panic.. dan takut loss.. Kita KUAR... Tapi bila kita dapat ader byk micro lot (40 Micro Lot).. Mungkin kita take profit 1/2.. Pas Tu Kita boleh trailing sampai big trend reverse..

Sebenarnya.. panjang gak kalau nak cerita.. Ini yang aku mampu ringkaskan..

Harap membantu dan menyumbang idea kepada anda..

Happy Trading

Renungkan lah

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.