Z Technologies e-Commerce

This store is powered by Ecwid - AJAX shopping cart. If you your browser does not support JavaScript, please proceed to its simple HTML version.

Saturday, 5 June 2010

Love Peace No War

Selepas kejadian hitam tersebut, ramai pengguna Facebook telah menukar avatar mereka kepada hitam. Contoh avatar yang dihitamkan:



Jom sama-sama kita menghitamkan avatar Facebook kita sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin. Sekarang nih aku pakai avatar "Love Peace No War Gaza".

Wednesday, 19 May 2010

Kenapa Orang Melayu Suke MInum Arak ..Coz Dia tak tau hadith

Siti Aisyah r.a berkata : Rasulullah saw bersabda,
“ Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini mereka, kalau dia sakit janganlah kamu jengoknya dan apabila mereka mati janganlah kamu solatkan jenazahnya. Demi Allah, yang telah mengutus saya sebagai Nabi dengan membawa agama yang Haq, tidak akan mahu meminum arak kecuali orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil Zabur dan kitab Furqan. Dan siapa yang memberi makan kepada mereka walau sesuap, maka Allah Taala akan membelitkan ular serta kalajengking pada badannya, barangsiapa yang membantu keperluannya, maka bererti dia membantu menghancurkan Islam, barangsiapa yang meminjamkan wang kepadanya, berertia dia membantu membunuh seorang mukmin, dan barangsiapa menggaulinya maka akan di hela oleh Allah dalam keadaan buta serta tak ada yang memimpinnya ” . (Al-Hadith)

Monday, 8 March 2010

Perisian Antivirus Tak fully Secure

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Jika anda rasa komputer anda dan datanya benar-benar selamat dengan sentiasa mengemaskini perisian anti virus, anda sebenarnya salah, kata seorang pakar virus komputer.

Ini, kata naib presiden Symantec Hosted Services Group (Asia-Pacific and Japan) Bjorn Engelhardt ialah kerana terdapat berjuta-juta virus dan spam yang dikeluar dan dimasukkan dalam internet dan adalah mustahil untuk mana-mana program anti virus mengesan dan mengawal malware yang menyebabkan gangguan kepada komputer anda dan datanya.

"Inilah sebabnya kenapa anda perlu mengawasi aliran dalam internet. Dengan menggunakan kaedah ini anda boleh mengesan sebarang kemasukan data yang tidak biasa dan mengambil tindakan segera jika anda dapati sesuatu yang luar biasa.

"Perisian anti-virus bertindak balas untuk virus dan spam yang dikenal. Apa yang kita bimbang ialah mengenai malware iaitu sesuatu yang baru...mereka dicipta dalam jumlah berjuta setiap hari. Sebagai contoh seseorang menghantar anda e-mel dengan alamat laman web dan anda klik ke atasnya.

"Walaupun komputer anda tidak rosak pada masa anda membuka laman web itu, malware akan masuk sendiri ke dalam komputer anda, mengambil semua data dan menghantar semula kepada orang yang memasukkan malware itu," katanya dalam temubual baru-baru ini.

Beliau berkata komputer yang rosak akibat virus dilihat seperti "ketinggalan zaman" dan trend sekarang ialah memasukkan malware oleh spam melalui e-mel dan "mencuri" maklumat peribadi pengguna untuk tujuan yang salah. Pasaran Asean dan China kini merupakan sasaran utama aktiviti seumpama itu.

Beliau berkata laporan analisa Symantec menjukkan pertambahan tahap spam pada Februari tahun ini sehingga 89.4 peratus, iaitu meningkat sebanyak 5.5 peratus sejak Januari.

Ketika jumlah spam meningkat pada Februari, saiz mesej spam menurun serentak dengan jumlah e-mel spam yang mengandungi lampiran.

Sepanjang tahun lepas, jumlah lampiran turun dari 10 peratus pada April 2009 kepada kurang daripada satu peratus pada Februari 2010, manakala purata saiz fail e-mel spam turun daripada 5Kb pada Oktober 2009 kepada 3.3 Kb pada Februari 2010.

Daripada melampirkan imej secara terus kepada e-mel, penghantar spam kini memilih untuk menganjurkan imej secara talian dengan menawarkan perkhidmatan percuma dan mengurangkan purata saiz fail e-mel spam, katanya.

Pada Februari tahun ini, Engelhardt berkata nisbah global spam dalam trafik e-mel daripada sumber baru dan sumber tidak baik yang tidak diketahui ialah 89.4 peratus, iaitu satu dalam 1.12 e-mel, menunjukkan kenaikan sebanyak 5.5 peratus berbanding Januari.

Nisbah global virus dari e-mel dalam aliran e-mel daripada sumber baru dan sumber jahat yang tidak diketahui sebelum ini ialah satu dalam 302.8 e-mel atau 0.33 peratus pada Februari 2010, meningkat 0.02 peratus sejak Januari.

Pada Februari, 30.5 peratus dari e-mel yang mengandungi malware mempunyai kaitan dengan laman web yang tidak baik, meningkat sebanyak 17.3 peratus sejak Januari 2010.

Beliau berkata satu kajian mengenai aktiviti keselamatan web juga menunjukkan 41.6 peratus daripada semua malware berasaskan web masih baru pada Februari, menurun sebanyak 0.1 peratus sejak Januari. Purata 4,998 laman web dikenalpasti menyembunyikan malware setiap hari dan program lain yang tidak diingini seperti spyware.

Beliau berkata Symantec meletakkan Itali sebagai negara yang paling banyak mempunyai spam dengan 93.4 peratus, diikuti Jerman (91.3 peratus), Belanda (91.2 peratus) dan Australia (89.5 peratus).

China merupakan negara yang paling banyak mencatat aktiviti virus komputer dengan satu dalam 62.4 e-mel mengandungi virus.

-- BERNAMA

Saturday, 23 January 2010

doa pelindung yang diajar oleh jibril

Di bawah ialah bacaan doa yang diajarkan oleh Jibril kepada junjunga Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalamkitab al- Muwattaa. Hadith ini juga dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad tanpa menyebut perkataan "Isra".

Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dan bergantung pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua


و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْ

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ
'Auu zu bi waj hilla hil karim
وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ
wabikalimatillahit taammatil lati la yujawizuhunna barru wa la fajir
مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
wa mim syarri ma yan zilu minas sama'
وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا
wa syarri ma ya'ruju fiha
وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ
wa syarri ma zara'a fil ardhi
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
wa syarri ma takh ruju minha
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min fitanil laili wan nahari
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min tawariqil laili wan nahari
إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
illa toriqan yatruqu bi khairin ya rahman


Ia (Yahya) meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said, bahawa ia berkata, ketika Rasullullah saw, diisrakkan, baginda melihat Ifrit dari kalangan jin mengejarnya dengan sebuah obor api. Setiap kali Rasullullah saw menoleh, baginda selalu melihatnya. Maka Jibril berkata kepada baginda, "Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang dapat kau ucapkan. Jika engkau membacanya, maka obor itu akan padam dan dia (jin itu) akan jatuh dengan mulutnya (tersungkur), Rasullullah menjawab, "Ya", Jibril lalu berkata, bacalah :-

Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik dan pendosa, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dan kejahatan yang naik padanya, kejahatan yang ditabur di bumi dan kejahatan yang keluar darinya, dari fitnah malam dan siang serta yang datang di malam dan siang kecuali yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pengasih.

Sunday, 8 November 2009

Penggunaan Indi dan template

Penggunaan Indi dan template

Assalamu Alaikum

1.  Langkah 1-Load Template

Ia akan menjadi begini :-

 

C:\Documents and Settings\ACER\My Documents\langkah 1-load template.gif

 

Langkah 2. 

Pergi ke chart-Indicator list-

a.  Delete Fisher_Yur4ik, Bolinger Band,  4PMA.Psars.Pgrssn.STD.V2

b.Tukar Sto sama ada kpd  14,5,5 atau 30,3,3 (Position trader, Swing Trader)

C. Paste CCI, Fibocalc, Fibopivot & Spudfibo, RSI (14-Default Setting)serta FeruxFx_Multi_info

C:\Documents and Settings\ACER\My Documents\dah siap.gif

 

Langkah 3-Pergi Berjuang di Market-

JGN LUPA  HANYA GUNA 1HR TF

Wassalam.

 


Tuesday, 3 November 2009

Default Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....
Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh...Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang
yang anda kasihi..

Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah
mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para
Malaikat
Reply With Quote

Wednesday, 7 October 2009

Panduan Umum dalam urusniaga FOREX.Bagaimana untuk BERDISIPLIN ?

1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
- Bila anda akan masuk/keluar pasaran,
- Bila anda akan menjual kerugian,
- Dimana had maximum keuntungan anda.

2. Trend pasaran adalah teman
Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.

3. Fokuskan perhatian pada modal
Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis di telan margin sahaja.

4. Tahu bila harus menghadkan kerugian
Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss anda, dan bila anda harus merelakan wang anda hilang.

5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai segera closed. Biarka lah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.

6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!Ibarat kata kita tiada seni dalam forex kalau hanya semata-mata mengharapkan signal

7. Buat catatan trading
Ketika membeli stok, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.

pivot

Pivot Point adalah pergerakan harga di mana harga tidak akan bergerak terlalu jauh dari titik tersebut dalam keadaan naik ataupun turun akan tetap suatu ketika kembali ke harga tersebut.

Pivot Points sangat berguna untuk teknikal analisis yang digunakan dahulu atas bar, rendah, tutup kepada projek support and resistance untuk bar. Pivot Point setiap hari adalah digunakan bagi swing trading dalam 4 Jam pivot point adalah berguna untuk intraday trading.

Sementara itu, pivot adalah menurut jam yang boleh digunakan untuk mengenal pasti entry/exit points setiap hari.

-Pivot Point Setiap Hari dikira dari atas hari sebelum, rendah, tutup yang tamat pada Jam 21:00 pm.[5:00 am Waktu Malaysia/Jam 12 Malam Waktu Mesir]

- Pivot dikira dalam 4 Waktu dari dahulu 4 waktu bar yang tamat di 2100[12 Malam], 0100[4 Pagi], 0500[8 Pagi], 0900[12 T/Hari], 1300[4 Petang], 1700 [8 Malam] GMT.[+3 GMT Waktu Mesir/+8 GMT Waktu Malaysia

-Pivot Menurut Jam dikira dari dengan sebelum ini bar menurut jam.

-Tahap-tahap pivot dan carta-carta adalah dikemaskinikan sepanjang hari untuk menyediakan bagi pelarasan-pelarasan data sepanjang hari.

Apakah Resistence Point?
Merupakan titik harga dimana harga sukar menembusi batas di level atas tertentu.Tetapi apabila titik ini tertembus biasanya harga akan dapat melonjak naik dengan lancar, hingga menjumpai titik resistence [halangan] seterusnya.

Ringkasnya : Apa2 Saja halangan yang ada kat atas yang menyebabkan price susah nak naik.
Apakah Support Point?
Titik harga dimana harga sukar menembusi batas level di bawah tertentu. Tetapi apabila titik ini tertembus biasanya harga akan mengalami penurunan cukup kuat sehingga menjumpai titik support berikutnya.

Ringkasnya : Apa2 saja halangan yang ada kat bawah yang membuatkan price susah nak turun.
Bagaimana cara menghitung titik support, resistence, dan pivot?
Menghitungnya digunakan rumus matematik

Pivot = ( H + C + L ) / 3

Res1= 2 * P - L | normal trading range
Sup1= 2 * P - H | for the next period

Res2= P + (Res1-Sup1) | extreme trading range
Sup2= P - (Res1-Sup1) |

Res3= H + 2*(P-L) | super extreme trading range
Sup3= L – 2*(H-P) |
P = Pivot
Res= Resisten
Sup= Support
H = high price hari itu
L = Low price di hari itu
C = closed price hari itu
Pada umumnya tidak akan melampui titik R2 dan S2 untuk trading waktu biasa

Monday, 14 September 2009

Selamat Hari Raya

Kepada Semua Kawan yang melayari blog saya ini.saya mengucapkan selamat hari raya ,maaf zahir batin