1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
- Bila anda akan masuk/keluar pasaran,
- Bila anda akan menjual kerugian,
- Dimana had maximum keuntungan anda.
2. Trend pasaran adalah teman
Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.
3. Fokuskan perhatian pada modal
Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis di telan margin sahaja.
4. Tahu bila harus menghadkan kerugian
Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss anda, dan bila anda harus merelakan wang anda hilang.
5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai segera closed. Biarka lah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.
6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!Ibarat kata kita tiada seni dalam forex kalau hanya semata-mata mengharapkan signal
7. Buat catatan trading
Ketika membeli stok, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.
No comments:
Post a Comment