Z Technologies e-Commerce

This store is powered by Ecwid - AJAX shopping cart. If you your browser does not support JavaScript, please proceed to its simple HTML version.

Sunday, 29 July 2007

news

Kodana unjur saham RM10j
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

KOPERASI Dana Usahawan Global Bhd (Kodana) yakin dapat mengumpul sehingga 1,000 keahlian sehingga hujung tahun ini dengan unjuran nilai saham RM10 juta selaras kepelbagaian aktiviti perniagaan dan pelaburan yang dijalankan.

Buat masa ini, Kodana mempunyai kira-kira 200 ahli yang terdiri usahawan tempatan daripada pelbagai kaum dengan nilai kumpulan saham RM600,000.


Presiden dan Pengasas Kodana, Elias Omar, berkata Kodana ditubuhkan untuk membantu usahawan tempatan dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan serta menyediakan peluang perniagaan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, antara aktiviti yang dianjurkan Kodana ialah menyediakan perkhidmatan perundingan perniagaan termasuk dalam bidang pelaburan dan latihan keusahawanan serta program latihan motivasi.

Beliau berkata, pihaknya kini giat menganjurkan Program FEG (Fast Excellent Growth) iaitu program latihan motivasi bagi membantu ahlinya dan orang ramai memahami potensi diri, persediaan menghadapi cabaran dan halangan.

“Selain itu, Program FEG juga mampu membantu peserta program memahami elemen asas untuk berjaya, fokus terhadap kemantapan diri dan kepekaan mental,” katanya ketika ditemui di Subang Jaya, baru-baru ini.

Terbaru, Kodana akan menganjurkan program itu di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24, 25 dan 26 Ogos ini.

Sementara itu, Elias berkata, Kodana turut menjalankan aktiviti pelaburan dana dengan keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan itu diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen dan faedah lain.

“Kami sudah mengenal pasti beberapa jenis pelaburan yang dijangka dapat memberi pulangan terbaik kepada ahli termasuk dalam perkhidmatan pengurusan kewangan, pelaburan hartanah, pelaburan saham tempatan dan antarabangsa serta pelaburan saham di Bursa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, menerusi aktiviti dijalankan, Kodana berharap untuk menaikkan taraf kewangan ahli dan membantu ahli dalam tiga bidang utama iaitu pelaburan, perdagangan dan pelajaran selain dibantu kepakaran ahli lembaga pengarah dalam bidang masing-masing.

Selain itu, Kodana juga membabitkan diri dalam perniagaan percetakan media dan pengeluaran produk bioteknologi.

seminar

BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA TRADER FOREX!!!

FXMALAY sebagai salah satu Komuniti FX Malaysia akan menganjurkan satu Seminar Forex untuk trader yang BARU menceburkan diri bidang ini.

Maklumat Seminar Forex FXMalay adalah seperti berikut:

Tarikh: 12hb. OGOS, 2007 (AHAD)
Masa: 8.30am - 5.00pm
Tempat: Hotel Putra, Kuala Lumpur
Bayaran: RM200.00 (Termasuk makan tengahari dan 2 break (pagi /petang))

Dapatkan 25usd bonus ke dalam akaun trading anda selepas menghadiri Seminar Forex FXMalay!!.

Jadual Seminar Forex FXMalay adalah seperti berikut:

8.30 am - 9.30am Pendaftaran
9.30am – 10.00am Pengenalan
10.00am – 11.00am Intro to Forex
11.00am – 1.00pm Trading plan:a. Technique: b. Money Management:c. Trading Strategy Daily/Weekly/Monthly Targetse. Mindset, Mission and Visionf. Trading Journal
1.00pm - 2.15pm Lunch, solat zohor
2.15pm – 3.00pm Continue: trading plan
3.00pm – 4.00pm Chaos theory of Bill williams
4.00pm – 5.00pm Motivational talk/ sharing experience, etc
Bersurai

Pembayaran di terima melalui Maybank2u, CIMB dan RHB.

Kepada mereka yang berminat sila hantar email ke class@fxmalay.com seperti berikut :

Perkara : Seminar FOREX Hotel PUTRA
Nama :
No. Tel :
Jenis Pembayaran:

Anda akan menerima maklumat untuk pembayaran yuran seminar.